Sunday, June 19, 2011

Setiap Hari

Setiap hari kita cuba kira berapa helai uban atas kepala
masing-masing
sebelum tidur atau selepas fajar menyinsing
kemudian kita sama-sama akan pasangkan gigi palsu
masing-masing
dan kemudian gosok mana-mana bahagian yang telah
kuning

Setiap hari kita cuba bezakan kedut siapa yang paling
ketara
di tumit kaki,jari-jemari,leher,dahi dan celah-celah
mata
kemudian kita ukur bongkok siapa yang paling ketara
kemudian kita mengejek cara jalan masing-masing sambil
ketawa

Setiap hari kita cuba mengingatkan setiap nama cucu
dan cicit kita
jika salah seorang dari kita terlupa nama mereka,tentu
saja ada dendanya
kemudian kita berbaring sambil bayangkan hingar bingar
suasana
bila semuanya berkumpul;mengadap-mendengar cerita
zaman percintaan kita

Setiap malam kita tidur berpandangan
menunggu mata kita sama-sama terpejam
tubuh kita erat berdakapan
tangan kita saling bersentuhan
sambil berdoa pada tuhan
semoga ada lagi hari esok untuk kita berkasih-kasihan

#sedihnya tok dah pergi.innalillahiwainnailaihirajiun.

1 comment:

  1. I am really sorry to hear that, semoga roh arwah ditempatkan bersama2 dengan org beriman

    ReplyDelete